Monday, February 16, 2009

Perkahwinan- Zuriat Yang Dinanti..

“Dah boleh ambil sijil rasanya, dah 4 bulan nie,” isteri saya sekadar memaklumkan. 


Hakikatnya, isteri saya juga yang terpaksa berurusan dengan Majlis Agama menguruskan sijil kahwin kami memandangkan kepulangan rutin saya biasanya pada hujung minggu.

“Rupanya dah 4 bulan kita kahwin yea bang,” isteri senyap mencongak.

“Kerajaan baru ada juga buat penilaian selepas 100 hari mentadbir,” sengaja saya berseloroh.

Diam menghitung. Tidak sampai separuh dari masa tersebut mampu untuk kami tempuh bersama. Namun bersyukur, saya masih mempunyai kesempatan dan rezeki untuk pulang setiap 2 minggu sekali menjenguk isteri berbanding pasangan 'PJJ' lain, terkadang menahan rindu berbulan lama. Jumaat kerja, saya bercuti… ahad cuti.. saya terus bercuti.
………………….

“Dah agak panjang kuku nie,” saya menahan rimas. Teman ditepi tersenyum.

Bukan saya tidak mempunyai pengetip kuku di rumah, bukan juga tiada masa serta terlepas hari-hari sunnah. Namun saya sengaja membiarkan kuku saya sedikit panjang sebelum pulang 1..2.. hari lagi, sebagai modal pahala buat isteri yang setia menanti. Bukan kerana selesa walau lantaran bagai bos besar sekadar menghulur jari, tidak mungkin seronok kerana mata saya terkadang tertutup rapat lantaran ngilu sebaik mata pengetip dipegang isteri mencium hujung jemari. Saya menilik lama jari sendiri sebaik selesai. Saya berusaha menjadikannya sebagai kebiasaan sehingga isteri saya mengenal bagaimana untuk mengetip setiap batang jemari saya. Patutlah saya sentiasa merindui sengsara ngilu tersebut…

Saya teringat pesan sendiri;

“Walaupun perkahwinan kita nie masih baru. Tapi jadikan benda-benda yang elok sebagai kebiasaan. Risau nanti, satu yang kita inginkan buat pada masa hadapan tidak mampu untuk kita kecapi dan malu kerana kita tidak membiasakannya pada peringkat awal perkahwinan,”

Kami berusaha untuk mengorek sunnah.
4 bulan masih baru. Apatah lagi bagi kami yang jarang bertemu. Namun, kepulangan saya yang terkini ini benar-benar satu makna dalam jiwa yang masih bermimpi..

SELAMAT DATANG ZURIAT SULUNGKU

“Tahniah ya abang, ana juga tak tahu macam mana lagi,” adinda sejemaah saya sedikit mengeluh, lebih setahun dia mendahului diri saya dan isteri.

Terkadang kesian, sebelum kahwin didera dengan persoalan teman dan saudara bertanyakan detik menamatkan zaman bujang.

Namun lebih terseksa, sebaik bertukar taraf. Seluruh mata mengerling bertanya zuriat. 
Sebulan.. tiada dibicara..
Dua bulan .. masih tiada masalah
Tiga bulan.. masih mampu tersenyum..
Empat bulan…mungkin belum habis berbulan madu..
Setahun… mula gelisah untuk menjawab tanya. Hanya tinggal jiwa-jiwa yang tabah terus cekal bermunajat.

Namun, jiwa berbeza. Pertanyaan terus dilontar bagi yang tidak memahami… bagai tidak menyedari peritnya untuk empunya badan mengiakan rezeki Tuhan.

………

“Kebanyakan orang jemaah biasanya lewat dikurnia zuriat,” saya masih ingat teori yang diasaskan kami.

Sengaja kami ‘melogikkan’ situasi dengan contoh yang banyak disekeliling.
Saya mempunyai beberapa teman yang 4..5.. tahun baru dikurniakan zuriat.
Usah bicara bagi yang masih setahun jagung seperti kami. Mungkin Allah ingin menebalkan jiwa sabar mereka. Atau mungkin menunggu ‘musim sejuk’ dalam jemaah kembali panas lantaran memasuki alam baru. Menunggu panas kembali sebelum didatangi ‘musim sejuk’ seterusnya dengan kehadiran cahaya mata. Risau mereka terus ‘sejuk’ andai kedua musim tersebut amat dekat dilalui.

Itu sekadar gurauan kami.

Segalanya dalam taqdir Ilahi.

Kami terpaksa ke klinik saat kami singgah sebentar di rumah kekanda saya. Saya gelisah dengan anak saudara yang terpaksa bersekolah keesokan hari, sedangkan jam hampir 11 malam. Malah, perjalanan kami baru separuh ditempuh.
Kami terpaksa, memandangkan berkali kami menangguhkan hajat lantaran masa yang terlalu suntuk untuk kami penuhi setiap kali saya pulang. Membahagikan masa antara rumah bonda saya dan keluarga isteri dalam dengan jarak yang melayakkan kami bermusafir dan berkejaran pulang kembali sebaik bermalam sehari.

“ Sudah 2 bulan setengah nie abang,” isteri saya terkejut bercampur gembira. Di tangannya, 2 keping kertas bercetak gambaran zuriat kami yang tersimpan rahim sucinya. Jiwa saya turut teruja, namun dibatasi malu dikhalayak pengunjung klinik yang lain.

“Ini jantungnya.. ini kakinya..” isteri saya mengulangi apa yang dikhabarkan doktor.

Saya memendam rasa yang mendalam. Memuji syukur atas benih kurnia yang bakal dianugerahkan kepada kami. Kami sama-sama terkejut, kerana sangka yang bermain di kepala, hanya mungkin isteri sekadar lingkungan sebulan. Tambahan, pregnancy test yang dibeli kerap menipu kami.

Beberapa hari sebelum PRK Kuala Terengganu, saya dan isteri ‘diserang’ demam malam serentak. Namun, saya berlarutan demam dan batuk sehingga membangkitkan keresahan keluarga.

“Rupanya suami yang sakit nie mudah sensitif,” saya sekadar memaklumkan isteri.

Sengaja saya cuba bermanja walau mustahil dipicit diurut isteri, namun rasa hati saya luahkan setelah agak lama kami tidak bersua.

……….

“Ajar lasak sikit.. biar dia pun nanti lasak jugak,” Nasihat saya.
Terkadang saya bicara begitu… tika jiwa dakwah menyadur hati.

“Kena ingat juga, kalau program 4..5.. bulan lagi jangan main terima belaka,”
Terkadang bicara suami terlafaz. Bagai ada percanggahan dengan pesan sebelumnya. Saya faham dengan perangai isteri, berat lidahnya menafi saat beban amanah kian ditambah.

“Maaflah ye sayang, faham-fahamlah. Jangan pening bila dah macam nie, ada masa abang cakap sebagai suami.. ada masa bagi motivasi tiup semangat,” saya cuba membetul faham.

Saya juga sedikit pelik, walau lafaz saya tidak silap pada pandangan isteri. Tapi hati saya menafikan lantaran sedikit emosi yang terlapik dalam lembut bicara. Risau andai saya dikata penghalang saat semangat masih menebal. Hak saya sebagai suami?? Cukuplah bagi saya tika diri bertandang pulang. Saya menyintai jemaah… saya risau andai saya menjadi musuh jemaah dengan merampas segalanya setelah isteri menjadi milik saya.

……………..

“Ada benda yang terpaksa tempuh dalam keadaan nie. Pening, loya.. alah dengan bau perkara yang patut dilalui. Tapi, mohon sangat-sangat kepada Allah, jangan sampai berlebihan, jangan sampai datang lintasan yang mengarut dan nak kena tunaikan atas alasan mengidam. Minta sangat-sangat jauh dari perkara tersebut,”
saya memberi nasihat dalam memberi ingat. Memberi faham lumrah berbanding mengidam yang diada-adakan.

Itu sahaja yang mampu saya sampaikan. Dalam ketandusan pengalaman, bergantung harap dengan pautan petunjuk daripada Allah. Mendengar pelbagai cerita perihal perangai.. hal-hal mengidam .. dan kisah-kisah pelik dari teman. Dalam kerisauan saya terus memanjat doa. Moga semua dipermudahkan olehNya.

Ada teman saya terpaksa berpisah jauh dengan isteri saat tidurnya lantaran isteri alah dengan bau suami.
“Aku dah mandi banyak kali.. dah puas sabun. Dia kata aku busuk lagi,” dia sedikit merungut setelah habis ikhtiarnya atas alahan isteri. Bukan saya berbicara menafikan, namun risau andai tindakan melampau yang merobek hati suami. Bukan dia tidak mampu menerima keadaan tersebut. Namun kesedihan terzahir di wajah suami dengan tindakan dan bahasa isteri. Terus berdiam mengalah lantaran isterinya yang berbadan dua. Tidurlah suami sendiri dalam jiwa yang penuh sedih dan resah. Sedangkan itulah amaran utama Junjungan Mulia agar hal sebegini dapat dipelihara.

Alhamdulillah.. Allah permudahkan.

Tiada yang melampau setakat ini kecuali fitrah yang digariskan,
Tiada yang mengada-nganda sehingga menyusahkan suami..
Sehingga saya sendiri yang terkadang terlebih selera kemudian dikongsi isteri..

Risau saya.. sudahlah kami jarang bersua. Pulang tersenyum.. dihidu loya.







AbeJoes@abejoes.blogspot.com

5 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas sokongan dan galakan dari abang...

mendapat berita mengenai kehamilan pertama buat bakal ibu merupakan detik2 yang mendebarkan.. perasaan yang bercampur baur antara gembira, takut, bimbang dan sebagainya..

mana taknya amanah yang Allah berikan pada kami untk mendidik zuriat yang bakal dilahirkan supaya menjadi anak yang soleh n solehah.. hakikatnya zuriat adalah anugerah dari ilahi.. bersyukurlah..

terima kasih YaAllah.. menganugerahkan bakal zuriat buat kami.. moga Allah kurniakan keturunan yang baik buat kami.. ameen

nik said...

:) alhamdulillah..moga Allah memudahkan urusan..seronoknye dgr senior2 n kwn2 diberi rezeki oleh ALLAH..mm..after bersalin nnti biasanya ada yg mengalami post natal depression so perhatian kena lebih la sket time tu..heheh..tapi kita orang islam yg memahami dakwah harapnya xdela berlaku perkara mcm tu insyaAllah..

Abe said...

Jazakallah atas ingatan.
Doakan semoga Allah memelihara segalanya.

Dr Amad said...

Salam jihad dan salam bakal ayah buat Abe Joes

Pertamanya ana nak ucap tahniah diatas khabar gembira buat Abe dan Islam khususnya.Bertuah Abe dan akak,dikurniakan Allah kesempatan untuk tarbiah dan didik para mujahid ini sejak dari alam rahim.

Ana terfikir seakan ada kontra antara keluarga dan jamaah.Ana ingin berkongsi sedikit idea sebagai orang muda,orang yang masih belum menempuh alam mawaddah.

Bagi ana sejujurnya,meraikan keluarga dan jamaah tiada percanggahan antara dua itu.Tiada yang perlu dikorbankan.Yang penting kita wujudkan win-win situation.

Kerja D&T jalan,pada masa yang sama keluarga tidak pernah di anak duakan.Sedikit masukkan dari ana yang pernah belajar Gynecology dan Obstetric, Abe kene belajar meraikan emosi kak yang berbadan dua tu sikit.Sebab sememangnya emosi wanita tidak stabil saat itu.

Ibarat tarik tali,kak tarik,apa salah abe hulur skit.Dia tarik banyak,abe rentap la skit...

p/s: Dok pikir namo anok belum tow abe?

honey said...

salam..

syukran jazilan atas pandangan Dr Amad.. alhamdulillah.. abang akak nie dah banyak meraikan akak..

cuma akak tak banyak sangat main ngan perasaan nie.. betullah orang kata bakal ibu nie sensitif perasaan dia.. tapi insyaAllah kalu kita tak layan perasaan tuh, insyaAllah Allah bagi kekuatan kat kita..

macam akak nie..hehehe manelah boleh nak manja-manja ngan hubby, kena kuatlah,dok jauh2 pulak tuh..

insyaAllah yang penting semua kekuatan datangnya dari Allah..