Ceramah Pasca Permatang Pauh
DPPWM akan mengadakan Ceramah Pasca Permatang Pauh sebagaimana tertera di atas.
Dana akan digunakan untuk menampung kos guaman 4 orang teman pemuda DPPWM yang ditahan dalam kes PROTES sebelum ini.
Sama-sama menghebahkan.
Berkelana mencari erti... mengutip makna-makna kepada diri..
Posted by Abe Joe at 3:28:00 PM 0 comments
Si Dia membuka mata dan menghadap sarapan dengan anak isteri,
Mereka telah kering rambutnya bermunajat kepada Ilahi,
Kenapa Si Dia tidak menyedari hakikat kerna munajat Mereka, tanahair Si Dia makmur dengan Rezeki Ilahi yang senang dikutip oleh Si Dia,
Si Dia memandu bergaya ke tempat kerja, singgah sebentar.. minyak kereta berjumlah RM 100.00 memenuhi tangki,
Mereka menghidupkan motor buruknya, RM 5.00 harus dikongsi motornya dan perut sendiri,
Kenapa Si Dia tidak menyedari hakikat perjalanan Mereka adalah untuk mengembangkan dakwah Islam buat kepentingan secara langsung buat Si Dia..
Si Dia berseronok menonton cerita,
Mereka berjuang menitiskan air mata..
Kenapa Si Dia tidak menyedari yang Mereka sebenarnya berjuang untuk menyelamatkan akidah umat Islam termasuk Si Dia…
Si Dia seronok ke shopping complex membeli belah bersama keluarga,
Mereka hanya terpaksa menyarungkan baju-baju usang buat anak isteri mereka,
Kenapa Si Dia tidak menyedari hakikat Mereka yang tidak berupaya membeli pakaian baru buat keluarga Mereka kerana hartanya dinafkahkan ke Jalan Allah untuk memperjuangkan agama Islam yang turut dianuti Si Dia..
Si Dia sentiasa seronok dalam pelukan isteri,
Mereka sudah tidak menatap wajah isterinya berhari-hari..
Kenapa Si Dia tidak menyedari hakikat perjuangan Mereka adalah menyelamatkan maruah anak isteri ummat Islam termasuk dalam pelukan Si Dia yang mungkin dicabuli dan dinodai…
Si Dia bergembira dengan gurauan anak isteri …
Mereka dihiburkan dengan perjuangan yang penuh sumpah dan caci,
Adakah Si Dia tidak menyedari hakikat cacian diterima Mereka adalah penyambung gelak tawa anak isteri Si Dia.
Saat Si Dia derita.. mula mengungkit mengapa Mereka tidak menziarahi bertanya khabar Si Dia,
Mereka menjenguk kerana cintanya Mereka kepada saudara seagama, walau jauh disudut hati Mereka terkadang terselit kecewa dengan sikap Si Dia.
Dulu Mereka memohon bantuan Si Dia, sedikit sumbangan buat menggerakkan kerja-kerja dakwah. Dituduhnya Mereka sebagai menggangu ketenteraman hidup Si Dia. Kenapa Mereka sibuk dengan hasil usaha dari titik peluh Si Dia??. Si Dia tidak menyedari hakikat dikhabarkan dari Tuhan Mereka dan Si Dia agar Si Dia memberi sedikit hartanya.
Mereka terkadang malu, kepada Tuhan Mereka dan Si Dialah Mereka mengadu.
Si Dia terus bongkak dan membawa cerita perihal Mereka. Mereka terus berdiam namun diteruskan usaha menyelamatkan ummat termasuk Si Dia.
Mereka tidak berkata apa, hanya kesal bermain dijiwa. Mungkin Mereka tiada harta, namun itulah perjuangan yang menjadi alasan buat Mereka saat Ditanya.
Saat ketika semua Ditanya Tuhan Si Dia dan Mereka, Si Dia pelik kenapa Tuhan tidak mempedulikan Si Dia…
“Tuhan, sibuk sangatkah diriMu sehingga tidak sempat untuk berpaling mendengar rintihanku??”
Di balas kepada Si Dia
“Andai di dunia kamu tidak berusaha untuk sibukkan diri kamu kepadaKu, kenapa harus pada ketika ini Aku harus sibukkan diriKu mendengar alasan dan rintihan kamu..”
AbeJoesCorner - abejoes.blogspot.com
Posted by Abe Joe at 1:18:00 PM 0 comments
Labels: Sekadar Luahan
Hayati kesusahan dan kesungguhan orang-orang terdahulu menunaikan haji..
Posted by Abe Joe at 1:55:00 PM 0 comments
Labels: Klip Pilihan

Petikan dari seorang teman..
Allahu Rabbi
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untukMu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu yang tak terbatas
Biar rasaku padaMu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasihMu
Dan membuatku semakin mengagumiMu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cintaMu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu...
Ameen
Posted by Abe Joe at 12:20:00 PM 0 comments
BismillahirRahmaanirRahiim..
Dalam ayat sebelum ini kita memahami hakikat pengkisahan dari mereka yang diberi pengajaran oleh Allah melalui kisah kebun yang dibawa Allah. Dalam ayat akhirnya, Allah mengingatkan kita agar tidak terikut-ikut dengan sifat sebegitu yang akhirnya menjahanamkan diri sendiri.
Dan jangan lupa kamu ingat!!! Bila kamu dah pilih untuk jadi puak-puak ni, kamu kena sedar… habuan kamu di akhirat telah hilang. Kat dunia nie, kamu boleh dapat banyak kerakyatan… kamu boleh jadi warganegara Malaysia, rasa tak selamat kat Malaysia kamu boleh pegi Thailand pasal kamu ka nada 2 kerakyatan. Lagi hebat, kalau jenis kaya lagi boleh lari kat London, dalam berlari buleh lagi happy. Tapi kat akhirat nanti kerakyatan kekal kamu hanya 1 – Yakni syurga atau neraka.
Bila dah jelas pendirian kamu (pilihan kamu yang bagi kamunya kat dunia ni), kamu nampak mereka ni hina. Ehh.. tapi ingat sedangkan di sisi Aku, aku dah buat kelompok antara mereka yang menolak hukum Aku. Kat dunia mungkin kamu tak nampak sangat, maklumlah kamu pergi shopping kat tempat yang sama, kamu pergi mandi manda kat tempat yang sama, dok makan pong dekat restoran yang sama. (Tapi pejuang nie kadang-kandang takdok nak habiskan masa dengan hal-hal begitu, shopping pong tak macam shopping dia.. mandi pong tak campur macam tuh jugak hakikatnya). Cuma kalau nak ambil luarannya pasal kamu tak boleh beza, tapi sebenarnya ada beza. Kat mana beza??? Kat benda yang doh kat dalam dada dia. Benda tuh yang bezanya!!
Allah sambung lagi dengan ayat seterusnya selepas kita faham penegasan Allah di atas.
Andai kamu susah sangat nak ikut peringatan Aku ni, mungkin ada sesuatu yang cukup special dalam hati kamu sampai boleh mengikat jiwa kamu sampai kamu degil sangat tuh.
Ayat nie cukup pedih sebenarnya sahabat-sahabat sekelian. Tak pedih macam mana, kita bayangkan bila buat silap.. kena perli pulak. Buat kerja dahlah tak jadi, semua rosak. Datang singgah orang pulak kena perli. Macam kita dok buat bangsal atau buatlah kerja apapun. Buat .. Rosak.. Buat lagi.. Rosak. Dahlah buat tak pernah jadi, orang datang, perli pulok. Takke rasa panas cuping telinga. Tuh takpelah sesama manusia, kalau tak puas hati boleh jugak nak tunjuk muka samseng. Kat akhirat nanti, semua benda buat dahlah tak jadi. Kena perli kat Allah lagi, lepas tuh macam mana nak angkat kepala tuh. Sebenarnya inilah gaya berhujjah agar golongan yang melawan Allah mereka akan berasa tertunduk sendiri.
Atau kamu dah ada perjanjian dengan Allah, kamu boleh buat sesuka hati kamu. Bila mati dan dibangkitkan nanti. Kamu dah terlepas dari siksa Aku pasal kamu dah ada agreement dengan Aku

Posted by Abe Joe at 6:11:00 PM 0 comments
Labels: Tadabbur Ayat
Hayatilah .. renungilah...
Posted by Abe Joe at 2:14:00 PM 0 comments
Labels: nasyid insaf
Kamu berada disalah satu dari penjuru Islam, jangan biarkan Islam diserang dari penjuru kamu