Friday, September 26, 2008

Ramadhan yang berbaki

Bahang lebaran kian terasa,

Maka banyaklah manusia dengan angan Ramadhan yang masih berbaki mula dirasakan harus ditamatkan segera.

Memikirkan apa agaknya bermain diminda semua. Saya tidak menafikan hakikat sambutan hari raya. Namun, bagaimana perasaan manusia sekarang.


Andai menunggu kehadiran lebaran dengan jiwa bagaikan seorang banduan yang terpenjara ditamatkan tempoh reman. Maka, lahirlah tindakan-tindakan yang menunjukkan ‘kebebasan mutlak’ yang sudah lama terbendung. Maka berakhir Ramadhan dengan sambutan pesta kebebasan. Andai puasanya dirasakan bagai penjara terhadap makanan enak yang lama tidak disentuh. Ketika pembebasanlah masa untuk membalas dendam walau telah berlaku setiap hari sepanjang Ramadhan ciri-ciri ‘membalas dendam’ atas ‘kuarantin makanan’ dikenakan Tuhan. Mengapa harus taat dengan perintah Tuhan mengikut tempoh tertentu dan setelah tempoh tamat perlakuan seakan ‘membalas dendam’ yang terhasil??

Andai tempoh ‘reman’nya digunakan untuk bermuhasabah kesilapan-kesilapan yang dia lakukan. Memikirkan allignment yang selama ini sedikit terpesong. Maka kesempatan tarbiyyah Ramadhan digunakan untuk melihat dan merenung kembali hakikat diri.

Manusia makhluk yang mulia. Dengan penciptaan susuk tubuh yang dijadikan Allah dah zahirkan kemuliaan seorang manusia. Namun bagaimana bayangan yang kita cipta setelah menjalani kehidupan??

Allah meletakkan susunan yang cantik disebalik sebatang tubuh.. Kita renungkan sejenak. Akal yang berada di atas, hati, perut dan kemaluan. Bila ditaklifkan sahaja, manusia yang berjalan elok pada pandangan kita sudah mula mencorakkan bayangan yang pelbagai. Umur meningkat 20.. memang susuk tubuh nampak sama, tapi sebaik ditimbang dengan neraca Tuhan bayangan keutamaan disebalik tubuh tuh. Perut dah di atas. Tunduk kita kepada nafsu makan.. umur naik lagi, susuk tubuh masih sama.. tapi nafsu mula mengambil tempat. Mula bertanding sihat antara mereka pula nafsu makan dan nafsu seks. Ketika nafsu makan berada di kemuncak, maka dia menghulurkan tangan menarik bersama nafsu serakah yang mula tiada mengenal batas halal haram. Seketika, nafsu berahi memujuk perut, “biarlah aku merasa sekejap kerusi empuk pemerintahan susuk tubuh manusia ini, jangan risau.. aku akan sediakan habuanmu dengan hidangan-hidangan yang lazat saat aku berpesta”

Maka Allah perkenalkan satu sistem, namanya Ramadhan. Dalam sistem tersebut, catuan makanan dikenakan kepada Negara Tubuh, maka nafsu yang dok atas tadi mula sedar diri. “Kenapa aku harus berada di sini sedangkan kemahuanku mula terbatas” Nafsu makan pong ambik tempat dia kembali. Dia tambah lagi dengan ibadat, maka hati dan akal kembali menjadi raja. Dia pong beribadat, solat tarawihnya, tadabbur Quran dan Tadarrusnya. Ibadat Qiamnya, maka kenal semua dia akan Penciptanya.

Hati dia yang keras sebelum ini kembali lembut, jiwa dia yang penuh kotor mula kembali bersih. Sifat sabar dalam diri mula terbina. Rasa cinta dan kasih untuk berbuat kebajikan mula membenih dalam diri. Solatnya mula mendetikkan rasa kehambaan, terkadang air matanya menitis mengenang dosa-dosa silam. Ayat-ayat yang dibaca mula menyentuh jiwa terus dia mengubah sedikit demi sedikit kekuatan dalam dirinya.
Dia merasakan kelainan, nikmatnya iman rupanya lebih manis dari air-air jus dan makanan lazat yang biasa dihidang. Lebih menjimatkan kerana tiada sebarang bayaran harus dikeluarkan.

Dia berasakan kelainan kerana bibit cinta kepada Tuhan yang mula tersemai. Selama ini, jiwanya sudah jauh ditipu oleh nafsu yang cukup bijak berhelah.

Itu sekadar cerita saya.

Cuma bila kita memahami hakikat tersebut kita bangkitkan kembali persoalan.

Sanggupkah kita menukar kembali titis-titis air mata keinsafan dengan titis-titis jus yang sebelum ini dia nikmati?

Sanggupkah dia kembali sujud kepada nafsu setelah cintanya kembali berputik kepada Ilahi?

Menjual kembali kenikmatan ibadat.. keasyikan dalam memberi ketundukan kepada Allah dengan jiwa yang kian bersih.

Melelong dengan harga murah kembali hati yang mula tersentuh saat ayat-ayat Tuhan dibacakan..

Masing-masing renungkan.. berbaloikan perlakuan yang dilakukan dalam menebus bibit-bibit TAQWA yang kian terhasil.

Salam buat semua, mohon kemaafan atas keterlanjuran dan salah kata dan taip dari segi adab manusia. Namun tidak mahu mengaku silap andai yang tercetus lahir dari kebenaran Tuhan yang menyentuh jiwa-jiwa kita yang berdosa.

AbeJoe@abejoes.blogspot.com

0 comments: