Tuesday, August 12, 2008

Peringatan Buat Yang Ingkar - Al Qalam

BismillahirRahmaanirRahiim..

Dalam ayat sebelum ini kita memahami hakikat pengkisahan dari mereka yang diberi pengajaran oleh Allah melalui kisah kebun yang dibawa Allah. Dalam ayat akhirnya, Allah mengingatkan kita agar tidak terikut-ikut dengan sifat sebegitu yang akhirnya menjahanamkan diri sendiri.


Dan jangan lupa kamu ingat!!! Bila kamu dah pilih untuk jadi puak-puak ni, kamu kena sedar… habuan kamu di akhirat telah hilang. Kat dunia nie, kamu boleh dapat banyak kerakyatan… kamu boleh jadi warganegara Malaysia, rasa tak selamat kat Malaysia kamu boleh pegi Thailand pasal kamu ka nada 2 kerakyatan. Lagi hebat, kalau jenis kaya lagi boleh lari kat London, dalam berlari buleh lagi happy. Tapi kat akhirat nanti kerakyatan kekal kamu hanya 1 – Yakni syurga atau neraka.

Bila dah jelas pendirian kamu (pilihan kamu yang bagi kamunya kat dunia ni), kamu nampak mereka ni hina. Ehh.. tapi ingat sedangkan di sisi Aku, aku dah buat kelompok antara mereka yang menolak hukum Aku. Kat dunia mungkin kamu tak nampak sangat, maklumlah kamu pergi shopping kat tempat yang sama, kamu pergi mandi manda kat tempat yang sama, dok makan pong dekat restoran yang sama. (Tapi pejuang nie kadang-kandang takdok nak habiskan masa dengan hal-hal begitu, shopping pong tak macam shopping dia.. mandi pong tak campur macam tuh jugak hakikatnya). Cuma kalau nak ambil luarannya pasal kamu tak boleh beza, tapi sebenarnya ada beza. Kat mana beza??? Kat benda yang doh kat dalam dada dia. Benda tuh yang bezanya!!

Allah sambung lagi dengan ayat seterusnya selepas kita faham penegasan Allah di atas.


Itulah pertanyaan Allah .. Kamu ingat dua puak nie sama ke?

Hakikatnya tak sama. Allah banyak menjelaskan dalam ayatnya yang lain.


Dalam surah lain Allah bertanya dalam surah 39:9

Sahabat sekelian,

Bila kita kena asak dengan persoalan begini… kadang-kadang hati kita terasa sebak sangat. Atas keingkaran untuk menerima hidayah Allah. Inilah hakikat kejahilan sebenar yakni menolak hidayah dari Allah.

Tidak cukup dengan perbandingan awal tuh, Allah seterusnya mengasak lagi dengan persoalan seterusnya;

Andai kamu susah sangat nak ikut peringatan Aku ni, mungkin ada sesuatu yang cukup special dalam hati kamu sampai boleh mengikat jiwa kamu sampai kamu degil sangat tuh.

Allah teruskan pertanyaan dalam ayatnya;


Apa yang sudah terjadi.. andai kamu hebat tolak Aku, kamu berhukum dengan hukum apa sebenarnya? Cuba bagitahu.. kalau-kalau ada untuk Aku tengok.

Sahabat-sahabat,

Kalau nak fikir, gaya tanya tuh macam tunjuk Allah ni tak tahu ke yang mereka ni hakikatnya tidak ada sandaran lain? Allah tahu, tapi inilah ayat pedas agar manusia tuh terkejut hatinya bila dijentik persoalan begini.


Dalam senyap mereka tengah berfikir untuk cari jawapan. Allah mengasak lagi dengan satu sindiran;

“Atau kamu ada kitab lain yang kamu pegang, yang kamu bersandar dengannya?”

Kiranya kamu nie taat dengan kitab tuh dah kot… pasal tuh kamu tak nak dengar ayat Aku. Pasal yang kamu buat nie, kalau nak kira dah menurut kitab tuh.

Ayat nie cukup pedih sebenarnya sahabat-sahabat sekelian. Tak pedih macam mana, kita bayangkan bila buat silap.. kena perli pulak. Buat kerja dahlah tak jadi, semua rosak. Datang singgah orang pulak kena perli. Macam kita dok buat bangsal atau buatlah kerja apapun. Buat .. Rosak.. Buat lagi.. Rosak. Dahlah buat tak pernah jadi, orang datang, perli pulok. Takke rasa panas cuping telinga. Tuh takpelah sesama manusia, kalau tak puas hati boleh jugak nak tunjuk muka samseng. Kat akhirat nanti, semua benda buat dahlah tak jadi. Kena perli kat Allah lagi, lepas tuh macam mana nak angkat kepala tuh. Sebenarnya inilah gaya berhujjah agar golongan yang melawan Allah mereka akan berasa tertunduk sendiri.

Macam dulu kita pernah bangkitkan isu hudud, mereka tolak.

Tok guru jawab senang sahaja, kalau kamu tolak hudud nie dengan hujjah kata Hudud nie Hudud PAS, cuba bawak Hudud yang sebenar.. Hudud yang bukan PAS. Terkedu.. tak senang duduk ada. Aiii.. takkan nak gubal Hudud baru?

Benda sama sahaja.

Tak cukup dengan sindiran tajam begitu, Allah terus pasak dengan membuat sindiran lain.

Atau kamu dah ada perjanjian dengan Allah, kamu boleh buat sesuka hati kamu. Bila mati dan dibangkitkan nanti. Kamu dah terlepas dari siksa Aku pasal kamu dah ada agreement dengan Aku

Ibarat ceritanya bila akhirat nanti, Allah letak kamu yang ada agreement denganNya. Bila sampai untuk dibicarakan, Allah buka agreement tengok;

Ana bawak kisah beginilah;

Contohnya bilo kena tahan ramai-ramai, bila sampai perbicaraan sahabat-sahabat kita yang kena tahan kes PROTES baru nie..

Maka sampai time Tok Hakim panggil;
“Kamu empat orang, Fadhil Osman, Izamudin Ludin, Solehin dan Marzuki..
Ok..ok.. kamu boleh keluar, yang lain tunggu untuk saya bicarakan" Andai Hakim, mungkin macam tuhlah skripnya..

Bagaimana perasaan sahabat-sahabat?? Mestilah gembira benar tuh.. hidung mesti kembang punya, yealah kabel baik dengan Tuan Hakim. Takpelah, tuh pasal hukum dunia, mesti bangga kalau jadi nyata. Tapi kalau benda tak nyata bukan ke memang perli teruk bunyinya.

Allah letak bidalan begitu kat golongan ini. Perli Allah bukan kamu selamat hukum kat dunia nie, Allah perli dengan hukuman Syurga Neraka lagi

“Hei Abu Jahal… Hei Abu Lahab.. kamu semua yang satu group ngan diorang nie. Kamu semua masuk teruslah dalam syurgalah tak perlu dibicarakan pasal kamu dah berjanji dengan Aku. Ok.. kamu dulu berjanji dengan Aku masuk Firdaus.. Kamu pulak Abu Lahab masuk Syurga Naim. Masuk-masuklah dulu. Biar aku bereskan yang golongan Muhammad ni aku nak bicarakan dahulu. Mereka ni yang sesat semua nie”

Pedih ulu hati kita bila sindiran begitu dimainkan.

Dalam mereka nak merawat rasa pedih kena perli begitu, Allah tanya lagi dengan ayatNya,



Kemudian Allah buat-buat bertanya “ Kalau begitu, tolong bawa mari sapa yang sign agreement tuh dulu”



Tak cukup dengan terduduk begitu, Allah teruskan cabaran Allah agar didatangkan kepada Allah sekutu-sekutu Allah.


Allah bertanyakan, saham-saham yang dilaburkan oleh sembahan golongan kuffar ni. Andai banyak saham mereka sila tunjukkan bahagian mana mereka ciptakan. Andai kata kongsi buat bumi, Allah kata dalam ayatNya yang lain, “Aku yang buat bukit sebagai pasak, kalau begitu bukit mana yang sembahan mereka buat. Allah kata, Aku yang menjadikan bulan, bintang, matahari.. cuba tunjuk planet mana yang mereka tuh buat?? Sampai tahap begitu sekali Allah memberi cabaran kepada golongan ini.

Sahabat-sahabat,

Ayat-ayat Allah ni bila baca membuatkan golongan kuffar ini, selepas terduduk.. mereka makin terduduk. Tidak lain tidak bukan, bukan sekadar untuk jadi hujjah untuk melawan golongan yang masih kufur dengan Allah, namun sebagai satu sandaran dan hujjah kepada kita semua agar tidak terus meletakkan sandaran dan tawakkal kita kepada Allah secara mutlak.

Wassalam




AbeJoes@AbeJoesCorner

0 comments: