Sunday, August 24, 2008

Mereka dan Si Dia

Si Dia membuka mata dan menghadap sarapan dengan anak isteri,
Mereka telah kering rambutnya bermunajat kepada Ilahi,
Kenapa Si Dia tidak menyedari hakikat kerna munajat Mereka, tanahair Si Dia makmur dengan Rezeki Ilahi yang senang dikutip oleh Si Dia,


Si Dia memandu bergaya ke tempat kerja, singgah sebentar.. minyak kereta berjumlah RM 100.00 memenuhi tangki,
Mereka menghidupkan motor buruknya, RM 5.00 harus dikongsi motornya dan perut sendiri,
Kenapa Si Dia tidak menyedari hakikat perjalanan Mereka adalah untuk mengembangkan dakwah Islam buat kepentingan secara langsung buat Si Dia..

Si Dia berseronok menonton cerita,
Mereka berjuang menitiskan air mata..
Kenapa Si Dia tidak menyedari yang Mereka sebenarnya berjuang untuk menyelamatkan akidah umat Islam termasuk Si Dia…

Si Dia seronok ke shopping complex membeli belah bersama keluarga,
Mereka hanya terpaksa menyarungkan baju-baju usang buat anak isteri mereka,
Kenapa Si Dia tidak menyedari hakikat Mereka yang tidak berupaya membeli pakaian baru buat keluarga Mereka kerana hartanya dinafkahkan ke Jalan Allah untuk memperjuangkan agama Islam yang turut dianuti Si Dia..

Si Dia sentiasa seronok dalam pelukan isteri,
Mereka sudah tidak menatap wajah isterinya berhari-hari..
Kenapa Si Dia tidak menyedari hakikat perjuangan Mereka adalah menyelamatkan maruah anak isteri ummat Islam termasuk dalam pelukan Si Dia yang mungkin dicabuli dan dinodai…

Si Dia bergembira dengan gurauan anak isteri …
Mereka dihiburkan dengan perjuangan yang penuh sumpah dan caci,
Adakah Si Dia tidak menyedari hakikat cacian diterima Mereka adalah penyambung gelak tawa anak isteri Si Dia.


Saat Si Dia derita.. mula mengungkit mengapa Mereka tidak menziarahi bertanya khabar Si Dia,
Mereka menjenguk kerana cintanya Mereka kepada saudara seagama, walau jauh disudut hati Mereka terkadang terselit kecewa dengan sikap Si Dia.

Dulu Mereka memohon bantuan Si Dia, sedikit sumbangan buat menggerakkan kerja-kerja dakwah. Dituduhnya Mereka sebagai menggangu ketenteraman hidup Si Dia. Kenapa Mereka sibuk dengan hasil usaha dari titik peluh Si Dia??. Si Dia tidak menyedari hakikat dikhabarkan dari Tuhan Mereka dan Si Dia agar Si Dia memberi sedikit hartanya.

Mereka terkadang malu, kepada Tuhan Mereka dan Si Dialah Mereka mengadu.

Si Dia terus bongkak dan membawa cerita perihal Mereka. Mereka terus berdiam namun diteruskan usaha menyelamatkan ummat termasuk Si Dia.

Mereka tidak berkata apa, hanya kesal bermain dijiwa. Mungkin Mereka tiada harta, namun itulah perjuangan yang menjadi alasan buat Mereka saat Ditanya.

Saat ketika semua Ditanya Tuhan Si Dia dan Mereka, Si Dia pelik kenapa Tuhan tidak mempedulikan Si Dia…

Tuhan, sibuk sangatkah diriMu sehingga tidak sempat untuk berpaling mendengar rintihanku??”

Di balas kepada Si Dia

Andai di dunia kamu tidak berusaha untuk sibukkan diri kamu kepadaKu, kenapa harus pada ketika ini Aku harus sibukkan diriKu mendengar alasan dan rintihan kamu..


AbeJoesCorner - abejoes.blogspot.com

0 comments: