Saturday, February 2, 2008


Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja
Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom
Tahun Berkhidmat dari 1985 - 1997
Dato' Ishak telah meninggal dunia akibat waktu tengahari tadi, di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah.

Aku tidak berminat untuk bercerita lebih lanjut hal-hal usul al marhum. Cukuplah andai dipetik dari artikel-artikel lain yang sahabat dapat temui. Sekadar melihat pengajaran dari pemergian insan cekal ini.

Alhamdulillah, keihlasan almarhum jelas diangkat oleh Allah sebaik beliau meninggal dunia. Jenazah 'insan biasa' ini dititah agar dimakamkan di Makam DiRaja oleh baginda As Sultan Selangor sendiri. Janji Allah tidak sekadar menanti selepas penyaksian alam ghaib semata-mata. Namun kecintaan tinggi hamba dalam mendaulatnya Syariat Islam dibalas secara tunai oleh Allah hatta di dunia.

Keperibadian lemah-lembut almarhum bukan bererti kelembutan almarhum untuk bertolak ansur apatah hal-hal keagamaan. Ketegasan beliau dalam menegur pucuk pimpinan dalam isu-isu pertandingan ratu cantik melibatkan wanita beragama Islam menjadahkan pemecatan kepada jawatan tertinggi agama di Selangor. Semoga dengan pemergian almarhum, Allah terus menggantikan lebih ramai pejuang dalam mendaulatkan Syariatnya.

Doaku agar Roh almarhum dicucuri rahmat. Moga semangat kental almarhum turut mengalir dalam insan kerdil seperti aku..

0 comments: