Friday, February 15, 2008

Bodek itu Bodoh..

"Kami merancakkan penerangan kepada masyarakat sebagai satu alternatif dalam menjawab tohmahan, fitnah dan propaganda yang dimainkan kepada kerajaan. Kita tidak mahu rakyat dari terus mendapat maklumat yang tidak tepat. Sehubungan itu, kita laksanakan hal-hal ini... terpaksa membuat kerja lebih masa dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dari terus tertipu dengan maklumat-maklumat yang tidak benar"

Menteri yang terkenal dengan tabiat membodek memulakan bicara saat ditemubual. Namun, disebalik kenyataan tersebut tersimpan seribu satu misi yang sememangnya menafikan hakikat sebenar lidahnya yang mula menutur. Hati aku mula panas mendengar cakapan manusia pembodek ini.


"Tidak salah suka berhibur, mana ada manusia di dunia ini yang tidak mahu kepada hiburan. Budaya Hedonisme ini, tidak harus dipandang serong. Namun biarlah dengan ada keseimbangannya dengan pengetahuan. Kita tak boleh kata semua keburukan itu datang dari barat sahaja. Rosaknya budaya kita, adat resam kita, cara pemakaian kita bukan dari orang barat semata-mata. Hilangnya songkok-songkok dikepala, wanita-wanita yang mula berpakaian dengan cara yang tidak sepatutnya, kalau nak berpakaian tuh biarlah betul, kita lihat wanita sekarang sudah mula dirosakkan datang dan berpakaian jubah," Lafaz-lafaz fasik mula terzahir.

Beliau menyambung jawapan setelah pertanyaan berkisar tabiat rakyat malaysia yang gemar berhibur

Hati aku mula panas, jiwa aku mula meluap-luap. Jarang benar aku tidak berpuas hati, tidak kerap kepalaku berfikir untuk tahap-tahap kemarahan melampau. Namun, mendengar kata-kata ini mahu aja aku hantuk kepala sang menteri ini moga dapat terus betulkan urat-urat kepalanya yang kulihat kian tersimpul. Mahu aja aku tampar mukanya, biar tersembam terus melihat kebenaran. Mahu aja dipatah-patahkan tulang menderita dan melihat siapa yang membela nasibnya.

Terbayang mukanya yang langsung tiada kasih bertapak dalam hatiku sebagaimana melihat saudara muslim lain.

"Hampeh betul dia nie," hati aku masih belum dapat menahan marah.

Musafirku ke kampung halaman diawal pagi membelah kabus dipuncak bukit berqidam hal sedemikian hari ini. Sedih mengingatkan ada lagi insan sebegitu, yang terang tidak selesa dengan tertib dan adab manusia beragama. Memang jelaslah kategori manusia yang digariskan oleh ulama'.
1. Golongan yang menjadikan Agama sebagai panduan hidup.
2. Golongan yang menjadikan Agama sebagai rutin dalam adat budaya dan ibadah khusus semata-mata.
3. Golongan yang memandang Agama sebagai suatu yang menyusahkan.

Sedih berbaur marah. Geram dengan dirinya yang tidak henti menghasut insan-insan pendengar yang mungkin tersangkut di pukat kefasadan yang dipasang. Jiwa aku tidak sekuat mana, namun terlalu dalam guris bila Islam dihina sebegitu.

AGAMA BUKAN SEKADAR LOGIK

Agama adalah suatu yang logik dan praktikal, namun agama tidak seharusnya disandarkan kepada logical semata-mata untuk beriman. Namun walaupun terkadang dirasa tidak dapat diterima akal, namun itulah yang dipinta untuk disampaikan. Itulah yang jarang kita sendiri pertimbangkan, kita banyak menimbangkan agama dalam neraca diri semata-mata.

Kadang-kadang kita rasa sesuatu itu buruk, namun itu mungkin yang baik bagi Allah. Saat pertembungan ini berlaku, terkadang berat kita membuang rasa buruk tersebut untuk diganti dengan istilah baik mengikut neraca Allah... Inilah dipanggil IMAN.

Kadang-kadang kita berpakaian cantik, dirasakan sudah cukup baik. Namun itulah ada ketikanya yang dicela dari pandangan Allah. Terpaksa kita melempar jauh istilah cantik yang terpahat diganti dengan cela dan buruk menurut neraca Allah.. Inilah dipanggil IMAN.

Berjihad pada Jalan Allah dengan harta, kita merasakan satu kerugian kerana tiada sebarang untung diperoleh. Tapi neraca Allah menggariskan sebagai suatu keuntungan. Kita mula menimbang dan dengan berat mengakui akan hal tersebut.. Inilah makna IMAN.

Terkadang kita merasakan hal itu suatu yang menguntungkan namun sebaliknya bagi Allah... berat untuk dicabut keuntungan yang pada pandangan untuk disemat dengan kehendak Allah... Inilah maknanya IMAN.

Terkadang kita berasakan perjuangan ini suatu yang amat berbahaya.. Namun Allah menggariskan- Inilah jalan yang terpaksa kamu tempuhi. Ditelan segala rasa ketakutan demi membenarkan kata-kataNya... Inilah jelasnya IMAN.



Junjungan Besar tidak mungkin menghapuskan pengaruhnya andai kebenaran agama itu tidak wujud. Andai sudah begitu hebat kepercayaan dan keyakinan yang dibina terhadap manusia. Andai kepercayaan dibina untuk kepentingan sendiri, mana mungkin Baginda akan meruntuhkan kepercayaan dengan hujah-hujah yang terkadang menafikan logikal akal manusia. Andai tidak benar agama ini, mana mungkin Baginda menyatakan tanda-tanda besar kiamat itu adalah terbitnya matahari dari sebelah barat. sanggupkah Baginda mengambil risiko 'kehilangan' pengikut dan ummat Islam lantaran kata-kata yang 'tidak praktikal' dan paling mustahil dalam sejarah kehidupan manusia..?

Namun hal inilah yang menjadi cabaran kepada para pejuang sekarang. Merealisasikan agama dalam memberi corak kepada kehidupan manusia kerana tiada bezanya mereka melihat logical agama sebagaimana mustahil melihat terbitnya mentari di Barat.

0 comments: